Kupasan: Civilised oleh The Necessary Stage

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Apabila terdengar tentang penjajahan, pasti ramai akan terfikirkan tentang negara-negara yang pernah satu ketika dahulu menjajah seperti Perancis, British mahupun Amerika. Namun, tanpa disedari, negara yang kita cintai ini juga menjajah! Singapura telah pun menjajah ruang dan kawasan laut dengan penambakan tanahnya. Kami telah pun merosakkan kehidupan laut dan menggunakan ruang mereka tanpa meminta izin kehidupan laut.

Civil_384

Itulah pembukaan pementasan Civilised oleh The Necessary Stage yang berlangsung minggu ini dan minggu hadapan. Para penonton juga diajak untuk memakan snek fish skin telur asin (or whateva) kerana bukan sahaja kita mencuri ruang laut tetapi juga mengambil nyawa-nyawa terdapat di dalam laut.

Para penonton juga diberi buku di mana kami disuruh menulis apa yang dimaksudkan sebagai bertamadun (civilised) dan tidak bertamadun. Di akhir persembahan, para pelakon membaca senarai tersebut dan pelbagai jawapan terdapat dalam senarai tersebut. Ini bermaksud bahawa tiada erti tetap bagi apa yang dianggap bertamadun atau tidak.

Civil_037

Ini kerana apa yang dianggap bertamadun oleh kaum penjajah atau Whitesâ„¢, merupakan pemikiran etnosentrik mereka. Mereka membawa idea/konsep tamadun mereka dan memaksa ideologi mereka kepada penduduk-penduduk di negara-negara yang mereka bakal jajahi. Padahal orang-orang ini memang dah anggap diri mereka sebagai bangsa yang bertamadun. Mereka tidak perlu apa-apa pertolongan pun!

Civilised tidak saja fokus kepada isu-isu di Singapura sahaja tetapi juga apa yang sedang berlaku di dunia ini. Seperti nasib orang Islam di China, Israel vs Palestin dan juga kes mubaligh Kristian yang ingin melebarkan sayap agama Kristian kepada penduduk Pulau Sentinel (padahal mereka dikenali sebagai orang-orang yang tidak mahukan kemasukan orang/budaya asing).

Civil_262

Civilised juga menimbulkan isu Dwiabad (Bicentennial) yang sangat diagung-agungkan pihak pemerintah. Kelakar sekali, Singapuralah satu-satunya negara yang menyambut penjajahan… Mungkin kerana kami  diajar bahawa kemunculan Raffles merupakan satu perkara yang positif dan membawa kemakmuran kepada negara kita? Oleh itu, kami masih menyambut “kejayaannya”?

ngl, pameran ini nampak menarik. Dapatkan tiket-tiket percuma anda sekarang!

Bukan itu sahaja, isu untuk decolonise atau nyahjajah (since they claim tiada perkataan Melayu untuk decolonise so I buat ye) juga menimbulkan banyak masalah. Dan bagaimanakah kenyahjajahan itu boleh dilakukan? Dengan tidak menggunakan Bahasa Inggeris dan barangan mereka? Melalui keganasan?

Secara keseluruhan, Civilised mengajak penonton untuk fikir balik tentang penjajahan dan memberi pandangan berbeza mengenai perkara ini. Adakah oleh kerana ia membawa kebaikan, ia patut digalakkan? Jika ia tidak berlaku, adakah Singapura akan seberjaya sekarang? Apakah pendapat anda?

– Pengkritik Sandiwara

Gambar-gambar oleh Tuckys Photography

(I uploaded this at 1pm-ish on 19 May but somehow the post was blank so this is actually another different post, I tried to cover whatever I wrote on the original post sksksks)

Tinggalkan komen