Previu: The Orange Production oleh The Necessary Stage

Salam sejahtera, wahai pembaca setiaku!

Sempena ulang tahun The Necessary Stage yang ke 30, TNS telah melancarkan The Orange Production, sebuah wadah bagi TNS meneroka bersama artis-artis baru untuk menjayakan kerja-kerja yang lebih sederhana.

Edisi pertamanya akan menampilkan dua pementasan yang bertajuk Drip dan Whale Fall, ditulis Nabilah Said dan Faith Ng masing-masing. Pementasan-pementasan ini juga diarah oleh pengasas TNS, tak lain tak bukan Haresh Sharma dan Alvin Tan masing-masing.

Drip mempaparkan kisah sebuah keluarga yang akan berdepan dengan kesan-kesan hasil daripada perkahwinan antara dua kaum yang berlain akibat perbezaan budaya dan agama. Ini sering dijadikan topik perbualan kerana kaum Melayu amat mementingkan agama. Namun, tren “pernikahan sivil” antara pasangan Islam dan bukan-Islam juga kian meningkat. Jadi, adakah isu ini juga akan dikemukakan?

Whale Fall, sebuah pementasan mengenai kehilangan dan pencarian dalam hidup, mengakibatkan dua orang rakan karib meneroka kehebatan seni dan persahabatan.

The Orang Production akan berlangsung dari 10-13 Ogos di The Necessary Stage Black Box. Walaupun tiket-tiket sudah habis dijual sebab laris macam pisang goreng panas, anda masih berpeluang untuk mendapatkan tiket-tiketnya!

Ia sebuah pementasan double-bill, bak kata orang, beli satu gratis satu gitew. So, cubalah nasib anda kalau nak tengok!

– Pengkritik Sandiwara

Tinggalkan komen