Terbaru: Makan Xtrim & Ole-ole Temasya 2

Salam sejahtera semua!!! Apa khabar? Sihat? Pertama sekali, saya ingin meminta ampun kerana tidak mengemas kini blog ini secara kerap seperti dahulu kala. Ini kerana saya amat sibuk dengan kerja-kerja sekolah. Minggu ini merupakan minggu jaha6 (Hell Week) saya dan juga minggu terakhir di sekolah. Minggu hadapan pula minggu dikhaskan untuk belajar dan minggu seterusnya,  minggu peperiksaan akhir. Kepada anda yang menantikan entri perbincangan Rudy & Rilla, usah khuatir, saya akan tetap tuliskan entri tersebut hanya kali ini saya bakal menyatukan episod 11, 12 dan 13 dalam satu entri. So kirakan padat dengan informasi gitew.

Dalam entri ini, saya akan tulis tentang rancangan info-ed terbaru Suria iaitu Makan Xtrim dan Ole-ole Temasya yang kembali buat musim kedua!

makanxtrim.jpg

Rancangan yang dihoskan personaliti popular Suria, Nurul Aini, mengajak penonton merasa makanan yang paling “xtrim”. Pada episod pertama, mereka mencuba makanan yang paling pahit.

Nurul Aini diiringi dua abang sado dalam rancangan ini. Pada setiap episod, mereka menjamah beberapa makanan (peria, coklat dan kopi) xtrim dan menilai sama ada mereka boleh tahan atau tidak boleh tahan dengan rasa makanan tersebut.

IMG_9183.jpg

Kemudian, mereka akan menyuruh orang awam mencuba calon-calon makanan xtrim tersebut dan undi makanan yang tak boleh tahan dan boleh tahan.

IMG_9187.jpg

Pada episod pertama, sensasi Smule Rozylicious membuat penampilan khas dan mencuba makanan xtrim. Saya rasa mereka siarkan rancangan ini terlalu lambat kerana Rozylicious tidak begitu HOT🔥 lagi.

Setelah memberi peluang kepada orang awam untuk mencuba makanan-makanan xtrim, mereka akan mengenalkan makanan yang paling xtrim. Dan mereka akan lihat sama ada orang-orang yang telah mencuba makanan xtrim tadi akan setuju bahawa makanan yang baru dikenalkan lebih xtrim daripada ketiga-tiga calon makanan tadi.

IMG_9188.jpg

Namun sebelum itu, hos-hos Nurul Aini dan abang-abang perhiasan harus mencuba makanan yang paling xtrim tersebut. Dalam episod pahit, makanan paling xtrim adalah akar cerita.

Screen Shot 2016-11-10 at 8.08.56 PM.png

Saya rasa saya pernah nampak tanaman ini. Ok so mereka pun menyuruh orang awam mencuba dan mengundi sekali lagi.

Secara terus terang saya bosan tengok cerita ini. Kerana tiada motif. Ok lah, mereka ada selitkan beberapa informasi menarik mengenai makanan yang jarang kita dengar tetapi jalan cerita rancangan ini terlalu repetitive. Asyik siarkan VT di mana orang awam merasa makanan xtrim. Tu je. Macam erm ok, move on???? Ingatkan orang yang boleh tahan pahit akan menang wang ke… Tapi tak pun.

Tambahan, mengapa rancangan mengenai makanan selalu akan bertajuk Makan (Perkataan bukan-Melayu). Sebagai contoh, Makan Boomz, Masak Mini dan lain-lain. Mengapa memilih perkataan xtrim dan bukan dahsyat? Saya pun ingin tahu mengapa skrip Nurul Aini ada perkataan Inggeris. Apa yang menyebabkan nonce borrowing dalam skrip rancangan Suria?

Bintang kerelevanan: 3/5

Saya mungkin akan tonton sekiranya ia disiarkan di televisyen tetapi tidak akan menonton di Toggle sekiranya terlepas menonton.


Saya amat gumbira apabila Ole-ole Temasya kembali buat musim kedua! Saya mengikuti Mastura Ahmad dan Seri Wahyuni Jaes di Instagram dan kerap melihat gambar-gambar percutian mereka! Saya benar-benar tidak sabar ingin menonton Ole-ole Temasya 2!

oleole2.jpg

Apabila Ole-ole Temasya tamat musim pertama, saya berharap sangat ada musim kedua. Alhamdulillah doa saya dikabulkan!!!

img_9189

Secara terus terang, siapa yang akan rasa bosan melihat gelagat hos-hos yang amat berbakat, berpengalaman dan berkarisma ini? Mereka berjaya bertutur dalam Bahasa Baku secara selamba dan selalu berasa riang apabila mengendalikan rancangan ini. Seolah-olah saya benar-benar berada di negara Eropah bersama mereka!

img_9193

Lihat tu, sungguh seronok, bukan?

img_9192

Bukan itu sahaja, hos Itali mereka yang agak peramah dan kelakar membuat episod itu lebih menarik untuk ditonton!

Saya amat suka rancangan ini kerana ia mengajak penonton melihat pesta ataupun sambutan yang luar biasa di luar negara. Pada masa yang sama, Mastura dan Seri juga memberitahu kita informasi yang relevan dan padat. Bukan itu sahaja, mereka tidak memerlukan dua abang sado (aka sex appeal) untuk naikkan jumlah tontonan kerana mereka tahu mereka tidak perlu pertolongan! Secara peribadi, rancangan ini tops semua siri Zoom combined.

Bintang kerelevanan: 5/5 sebab semua orang terus ada keinginan untuk bercuti setelah menonton mereka berdua meluangkan masa bersama.


Sebenarnya saya ada isu yang lebih besar yang ingin saya bincangkan ah. Saya tidak tahu mengapa Astro (MioTV) menyiarkan rancangan Suria. Astro Singapura menyiarkan rancangan seperti Cantik Detektif, Ole-ole Temasya, Vanila dan banyak lagi. Saya musykil dan kurang puas hati kerana mengapa saya bayar untuk sesuatu yang saya boleh dapatkan secara PERCUMA di Toggle? Rancangan Ole-ole Temasya 1 dan Cantik Detektif masih ada di Toggle! Saya pernah menulis kepada pihat Singtel tetapi tiada sebarang jawapan. Saya mendapat tahu daripada salah seorang pekerja Singtel di Twitter bahawa e-mel saya telah diterima dan mereka akan buat apa entah ah. Mereka tidak akan membalas e-mel secara peribadi kerana ada terlalu banyak e-mel yang diterima. HUH??????? Ok whatevvs. Oh ya, saya masih ingat dalam e-mel tersebut, saya katakan “it’s like paying for air when it’s free” HAHAHAHA DONE.

Ok itu sahaja update pendek daripada saya!

– Pengkritik Sandiwara

(Photos from Mediacorp Suria’s Toggle and Facebook)

One thought on “Terbaru: Makan Xtrim & Ole-ole Temasya 2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s